May 13, 2014

Cara Belajar Gitar Mudah (Gampanx)

 Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar, ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik gitar. Seperti dalam gambar di bawah.








Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas fretboard gitar.

Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah.   

Chord C major


C major











 E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.




A minor













Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja. 


strum pertama C
strum kedua Am






Sekarang cuba pula chord progression ini C - G - Am - F

petikan pertama C
petikan kedua G












strum keempat F
strum ketiga Am










______________________________________________________
                                                   
 Chord progression untuk kord A minor.  Am - F - C - G

Petikan pertama A minor
Petikan kedua F















Petikan ketiga C
Petikan keempat G

















Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D minor juga ada diguna.
kord E minor
Kord D minor














Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach.

 C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G 

  atau prog biasa seperti dibawah

 C - G - Am - G

 Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.

 Am - F - C - G

         
 atau prog biasa seperti dibawah


Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am

Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord. Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.http://satulangkahberarti.blogspot.com/

Cara Belajar Gitar Mudah (Gampanx) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Sandi Nugraha

1 comments:

  1. I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style of blogging. I added it to my favorites blog site list and will be checking back soon. Please check out my site as well and let me know what you think.Eincher.me

    ReplyDelete